Monday, December 23, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 SMA DARUSSAADAH

Tahniah kepada semua warga SMA Darussaadah ..... alhamdulillah dengan anugerahNya .

Untuk cikgu-cikgu Sains SMAD ......tahniah kerana berjaya mencapai target . Puan Nurul Azlina dan Cik Mardiah .... juga semua "gsains" yang diketuai oleh Cikgu Abdul Jilani Ismail, yang sangat berkerjasama.

Keputusan Sains SMAD 100%
A = 34 , B = 48, C = 41 dan D = 21

Wednesday, March 28, 2012

TAHNIAH SPM 2011


Minggu lepas diumumkan keputusan SPM 2011, tahniah kepada semua calon , semoga kejayaan anda sentisa dalam rahmatNya. Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, semoga ia menjadi titik tolak menuju ke arah kebaikan bagi dunia dan akhirat mu. Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, ini bukanlah kegagalan hakiki, usaha lagi, semoga anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhiratNya.

Tahniah! tahniah! tahniah! ...kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sains 1151. Kesungguhan yang anda lakukan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya .............. amin.




Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan kamu ...... Cikgu doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, March 5, 2012

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya – Imam Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain..
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
  13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud.
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Sunday, January 22, 2012

Thursday, January 12, 2012

PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK SMAD 2012


BENGKEL PERANCANGAN KOKURIKULUM 2012

KELAB PERSATUAN : SAINS DAN MATEMATIK

BIL

TARIKH

TAJUK

AKTIIVITI

TINDAKAN

KOS

TEMPAT

PELAN

KONTEGENSI

INDIKATOR

KEJAYAAN

1

JAN

- Pendaftaran Ahli

Persatuan

- Mesyuarat

Agong Tahunan

2012

- Pendaftaran ahli persatuan

- Memilih Pengerusi, Naib

Pengerusi dan AJK persatuan

- Merancang aktiviti tahunan

- Menetapkan yuran keahlian

- Menetapkan tarikh perjumpaan

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

TIADA

SMAD


- Ahli telah berdaftar

- AJK telah dibentuk

- Yuran keahlian telah

ditetapkan

- Aktiviti tahunan telah

disenaraikan

2

FEB

- Bengkel

pemantapan

organisasi (AJK)

- Karnival Kelab &

Persatuan

- AJK persatuan menghadiri

bengkel pendedahan mengenai

pemantapan / pelaksanaan

bidang tugas masing-masing

- Pertandingan mencungkil bakat

untuk pelajar yang akan

menyertai pertandingan di luar

sekolah (Pameran Sains / kuiz

Sains & Matematik)

- Guru penasihat

- AJK persatuan

- Unit kaunseling

RM400

Dewan As-Shafie

Pertandingan

mencipta logo

dan motto

persatuan

- AJK dapat memahami

bidang tugas masing-

masing

- Ahli dapat menunjukkan

bakat terpendam

masing-masing

3

MAC

- Pengurusan

Taman Herba

(Gabungan

Persatuan Sains &

Matematik

bersama

Persatuan

Geografi)

- Pendedahan mengenai Taman

Herba Sekolah

- Kepentingan herba kepada

kesihatan

- Gotong royong menghidupkan

semula taman herba

- Menyediakan jadual tugasan

menguruskan taman herba

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

Sains &

Matematik

- Ahli persatuan

Geografi

RM 300

Taman Herba

Ceramah Pemakanan Seimbang(Penceramah Jemputan)

- Taman herba telah

dihidupkan semula

- Jadual tugasan taman

herba dipamerkan

- Tanaman herba dilabel

4

APRIL

- Pendedahan info

mengenai

kepentingan

Matematik

- Pertandingan

Sodoku

- Pendedahan mengenai

kepentingan ilmu matematik

dalam kehidupan seharian

- Pertandingan sodoku

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

RM100

SMAD

- Pengenalan teknik

permainan catur

- Pertandingan catur

- Ahli dapat pengetahuan

tentang kepentingan

matematik dalam

kehidupan seharian

- Ahli dapat mengasah

ketajaman minda

5

MEI

- Program ‘

Untukmu Yang

Tersayang’

- Aktiviti mereka kad ucapan untuk

guru, ibu dan bapa sempena

Hari Guru, Hari Ibu dan Hari

Bapa dengan menerapkan

unsur-unsur matematik dan

sains untuk menunjukkan kasih

sayang.

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

RM200

SMAD

- Menghasilkan buku

skrap bertemakan

Pencemaran Alam

Sekitar dan peranan

ahli sebagai duta kecil

- Kad-kad ucapan untuk

individu-individu

tersayang telah

dihasilkan dengan

menggunakan

penggabungjalinan

antara Bahasa Melayu,

English Matematik dan

Sains

6

JUN

- Ceramah Tenaga

Nuklear dan

Teknologi

- Pendedahan mengenai Tenaga

Nuklear dan penggunaan

Teknologi dalam menelusuri

kehidupan moden

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

- Unit kaunseling

- Penceramah

RM300

SMAD

- Guru Penasihat

memainkan peranan

penceramah

- Ahli dapat maklumat

mengenai

perkembangan

teknologi nuklear

7

JULAI

- Mengimbau

Kenangan Silam

- Mengadakan pertandingan

permainan tradisional seperti

batu seremban, galah panjang,

congkak dan teng-teng

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

RM200

SMAD


- Menghidupkan kembali

permainan tradisional

yang kian luput ditelan

zaman

8

OGOS

- Ambang Merdeka

- Melukis poster kemerdekaan

mengikut tema 2012

- Mereka sajak kemerdekaan

-Guru penasihat

-Ahli persatuan

RM100

SMAD


- Dapat menerapkan

semangat patriotisma

dalam diri setiap pelajar

9

SEP

- Lawatan sambil

belajar

- Lawatan sambil belajar ke Kuala

Lumpur ( Pusat Sains Negara &

Planaterium Negara)

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

RM5000


- Lawatan sambil

belajar ke tempat-

tempat sekitar negeri

Kedah

- Pelajar dapat mendapat

input mengenai tempat-

tempat menarik

10

OKT

- Bengkel kerjaya

- Mengadakan bengkel kerjaya

yang ditawarkan dalam bidang

Sains dan Matematik

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

- Unit kaunseling

- Penceramah

RM300

Dewan As-Shafie

‘Treasure Hunt’

- Pelajar dapat

mengetahui kerjaya

yang ditawarkan dalam

bidang Sains &

Matematik

11

NOV

- Penilaian

Kokurikulum

- Pengemaskinian buku

kedatangan kokurikulum

- Guru penasihat

- Ahli persatuan

TIADA

SMAD


-Buku pelajar telah

dikemaskini

- Markah kokurikilum

pelajar telah

direkodkan

12

DIS

CUTI SEKOLAH

TIADA

TIADA

TIADA

TIADA

TIADA

TIADA

Disediakan oleh:

_________________

(Mardhiah Binti Ali)

Guru Penasihat

Persatuan Sains & Matematik